Wang
Ulu, 11 OKTOBER-Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
Wang Ulu kini berasa sangat bimbang dan takut akan kewujudan Charlie. Majoriti
pelajar di kawasan Wang Ulu ragu-ragu akan persekitaran kawasan kolej kerana
mereka berasa takut akan kehadiran Charlie. Charlie didapati begitu popular di
kawasan kampus, kolej dan sebagainya.
Charlie
adalah sejenis serangga yang dikenali sebagai Rove Beetle dan serangga ini sangat beracun.
Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra.. Terdapat lebih
kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm.
Charlie kebanyakkannya dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan.
Persentuhan dengan kumbang ini atau menghancurkannya
pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis
dan penyakit kulit yang teruk dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus
dermatitis', 'whiplash dermatitis'
dan sebagainya.
Wartawan
kami Nurul Masmieda sempat menemubual seorang mangsa kepada haiwan kecil
berbisa ini yang merupakan pelajar di Universiti Malaysia
Perlis iaitu Muhammad Faisal Bin Sarwan. Menurutnya, beliau telah terkena Charlie
pada beberapa minggu lepas dan sehingga kini, kesan parutnya masih ada. Dalam
perbualan tersebut,wartawan kami ada menanyakan bagaimana dia boleh terkena
gigitan Charlie tersebut. Dia memberitahu ketika itu dia sedang tidur dan tidak
sedar yang dia telah digigit Charlie. Dia hanya menyedarinya apabila dia merasa
pedih dan gatal yang teramat sangat keesokannya.’Pada mulanya saya merawatnya
menggunakan cara rawatan biasa. Selepas rasa pedih dan gatal semakin
hilang,baru saya menggunakan Bio-Oil atau minyak yang boleh menghilangkan parut
kerana parutnya mengambil masa yang lama untuk hilang.’Nasihatnya kepada para
pelajar supaya berhati hati kerana rasa sakit haiwan berbisa ini dianggarkan
sekitar 6/10.
Nice entry guys.. :)
ReplyDelete