Tuesday, 7 October 2014

Suasana Ibadah Korban di Bangsal Lebah



Pada hari Ahad 5 oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435 telah jatuhnya Hari Raya AidilAdha di mana semua umat islam yang menunaikan fardhu haji  telah melaksanakan salah satu rukun haji iaitu wukuf.Di Malaysia terutamanya di negeri Perlis,umat islam  telah menjalankan ibadat korban yang merupakan salah satu kewajipan bagi umat islam yang mampu .Di Kampung Bangsal Lebah,Kuala Perlis,Perlis penduduk kampung telah mengikuti ibadat korban yang telah dianjurkan oleh pihak masjid. Pada tahun ini pihak masjid telah menempah 10 ekor lembu untuk tujuan ibadat korban dan dua akikah.Sambutan amat menggalakkan daripada ahli kariah yang pada awalnya hanya memesan sebanyak lapan ekor sahaja. Harga yang diperoleh adalah rm2800 seekor dan satu bahagian korban adalah sebanyak RM400. Dua ekor lembu akikah telah disembelih sehari lebih awal dan selepas dimasak bagi tujuan hidangan untuk hari korban pada keesokkan harinya. 

Wartawan kami telah menemubual salah seorang penyembelih mengenai  suasana ibadat korban di kampung tersebut.Dia berkata’walaupun suasana agak kecoh di lapangan tersebut tetapi ibadat korban berjalan dengan lancar dan meriah’.Pelbagai gelagat penduduk kampung dapat dilihat semasa ibadat korban dijalankan.
Namun begitu, kepenatan penduduk kampung dan sukarelawan ibadat korban terbayar kerana dapat merasakan hasil daging lembu korban yang dimasak.

No comments:

Post a Comment