Virus Ebola mula menular di Barat Afrika (Guinea,
Liberia, Sierra Leone dan Nigeria) pada tahun ini dan telah meragut lebih
kurang 1400 nyawa setakat ini selepas tercetusnya di Guinea pada Febuari lepas.
Ini merupakan cetusan wabak Ebola yang terbesar dalam sejarah. Semua sekolah di
Nigeria akan ditutup sehingga 13 Oktober tahun ini berikutan wabak yang semakin
teruk ini.Walaupun kes Ebola tiada lagi dilaporkan di Malaysia, ibu bapa harus
berwaspada dengan wabak-wabak yang sedang berlaku di peringkat global ini.
Informasi tentang Ebola harus diketahui kerana malang itu tidak berbau. Ilmu
asas tentang kesihatan sangat penting untuk diketahui oleh orang awam kerana ia
mungkin dapat menyelamatkan nyawa apabila sebarang tanda luar biasa dapat
dikesan awal.
Penyakit Virus Ebola (Ebola Virus Disease –
EVD) yang dahulunya dikenali sebagai
Demam Berdarah Ebola merupakan demam yang boleh membawa maut. Wabak ini
mencatat kadar kematian yang sangat tinggi (lebih 90% akan meninggal dunia
setelah dijangkiti EVD). Ia boleh menjangkiti manusia serta haiwan primat
seperti monyet.Virus ini boleh merebak melalui sentuhan dengan darah, cecair
pada tubuh, organ haiwan atau manusia yang sudah dijangkiti. Ia boleh
berjangkit melalui luka, persetubuhan, air liur (bersin, berkongsi minuman)
atau peluh.Oleh sebab itu, untuk mengelak dari penularan virus ini, orang yang
sihat tidak boleh berhubung dengan pesakit yang mengidap penyakit Ebola. Pihak
perubatan akan memakai baju khas untuk
menutupi seluruh tubuh mereka. Pesakit juga akan diasingkan dalam sebuah
bilik khas. Sebarang peralatan atau pakaian
yang digunakan oleh pesakit tidak
boleh digunakan oleh orang yang sihat.
Bagaimana virus ini boleh merebak? Virus ini boleh beredar ke seluruh badan melalui sistem saluran darah manusia. Ia akan merosakkan satu organ ke satu organ yang lain,yang akan menyebabkan pendarahan dalaman. Ia akan menyebabkan tekanan darah pesakit jatuh sehingga menyebabkan kegagalan sistem dalam badan. Gejala dan tanda-tanda awal virus Ebola ini adalah seperti demam panas secara tiba-tiba,lemah satu badan, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak. Apabila pesakit semakin teruk, mereka akan mengalami gejala seperti muntah berdarah,cirit-birit yang berdarah, ruam, buah pinggang dan hati gagal berfungsi, pendarahan dalaman atau rongga badan.
Bagaimana virus ini boleh merebak? Virus ini boleh beredar ke seluruh badan melalui sistem saluran darah manusia. Ia akan merosakkan satu organ ke satu organ yang lain,yang akan menyebabkan pendarahan dalaman. Ia akan menyebabkan tekanan darah pesakit jatuh sehingga menyebabkan kegagalan sistem dalam badan. Gejala dan tanda-tanda awal virus Ebola ini adalah seperti demam panas secara tiba-tiba,lemah satu badan, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak. Apabila pesakit semakin teruk, mereka akan mengalami gejala seperti muntah berdarah,cirit-birit yang berdarah, ruam, buah pinggang dan hati gagal berfungsi, pendarahan dalaman atau rongga badan.
Wabak ini belum menemui sebarang vaksin. Hal ini
disebabkan wabak virus Ebola ini jarang
berlaku, kajian berkenaannya masih kurang berkembang. Beberapa vaksin dan
ubat-ubatan masih dalam kajian namun
belum diuji ke atas manusia. Setakat ini hanya rawatan untuk mengawal gejala
penyakit ini sahaja yang dilakukan dan masih belum ada vaksin yang berlesen
dikeluarkan.
Di Malaysia, setakat ini tiada lagi kes virus Ebola berlaku .Disebabkan virus ini berasal daripada luar negara iaitu benua Afrika, kemungkinan untuk ia memasuki ke Malaysia adalah rendah. Jika pelawat dari luar negara hendak datang ke Malaysia, tidak ada penerbangan langsung daripada Afrika. Biasanya mereka akan datang menerusi Timur Tengah di mana di sana proses saringan kesihatan akan dilakukan.
Penyebaran
mesej serta gambar seorang kanak-kanak yang dikatakan mengalami gelembung air
pada bahagian kaki dipercayai akibat jangkitan awal Ebola yang tersebar dalam
laman sosial termasuk Facebook adalah tidak benar dan hanya khabar-khabar
angin, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau
menyelar tindakan menyebarkan khabar angin itu dan menyifatkan ia sebagai perbuatan
tidak bertanggungjawab.
Pada
waktu ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memperketatkan pengesanan dan
kawalan masuk antarabangsa dan melakukan saringan ke atas pelawat yang datang
ke negara ini. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilengkapi
mekanisme imbasan suhu bagi mengimbas suhu badan penumpang. Kementerian Pelajaran
dinasihati untuk menyaring pelajar asing yang pulang ke negara Afrika.
Kementerian Luar diminta turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di negara
Afrika yang terlibat mengenai EVD, serta rakyat Malaysia yang akan ke
negara-negara tersebut untuk lebih berhati-hati dengan penularan wabak ini.
Menurut sumber yang di petik dari
BERNAMA 03/ogos/2014 Dr Subramaniam berkata di Malaysia, Ebola adalah satu
daripada penyakit yang perlu dinotifikasi di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan
Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. "Kementerian Kesihatan akan terus
memantau perkembangan penyakit ini melalui maklumat yang diperoleh daripada WHO
dan sebarang perkembangan terkini mengenainya akan dimaklumkan dari semasa ke
semasa," katanya. Memetik sumber dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
Bernama, Sinar Harian, dan The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment