Friday, 3 October 2014

Mc Donald di Boikot

Syarikat ditubuhkan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka atas kerjasama adik beradik antara Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan  “Sistem Perkhidmatan Speedee” pada tahun 1948 yang berasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera. Walaubagaimanapun, McDonald’s pada masa itumengisytiharkan tarikh “penubuhannya’ sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Restoran Ray Kroc merupakan restoran yang ke-9 bagi McDonald’s.

           McDonald’s menghadapi pelbagai masalah. Sebahagian daripada ini adalah untuk bidang francias. 

Selain itu, Mcd diboikot isu Semenanjung Gaza Palestin, McDonald Malaysia Saman Individu yang hina, tohmah,fitnah mereka. Akhir-akhir ini, agak agresif McD Malaysia mempertahankan diri mereka daripada serangan bertali arus daripada sejumlah besar rakyat Malaysia setelah tidak sanggup melihat saudara seislam di Semenanjung Gaza, Palestin dihukum, didera, diperlakukan dengan kejam sekali oleh tentera Zionis.

          Ditambah dengan banyak kajian yang dibuat tentang kualiti dan kesan makanan-makanan segera. Hikmah juga untuk kesihatan rakyat Malaysia. Tetapi makanan lain tidak semestinya sihat dan bersih tetapi perlu diambil pada kuantiti yang betul.

         Nampaknya kesan dan impak yang cukup besar menerusi kempen boikot McD Malaysia. Dalam pada masa yang sama, Berita semasa berharap lebih banyak usahawan Islam yang boleh mewujudkan jenama antarabangsa ala-ala McD supaya menjadi alternative untuk kalangan orang Islam yang cukup suka dengan makanan segera.

No comments:

Post a Comment