Kangar,12 oktober 2014.Baru-baru ini,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan kenaikan harga petrol
Ron 95 sebanyak 20 sen. Kenaikan
harga minyak telah memberi kesan kepada penguna kenderaan secara tidak
langsung kepada rakyat.Perkara ini telah
menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal
ini berlaku kerana kuasa beli dan pendapatan mereka menjadi semakin
berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan harian dijangka meningkat
antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah
tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana mungkin pendapatan mereka
sebelum ini hanya cukup untuk makan. Kesan
sosio-ekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita alami sebelum ini.
Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi
peniaga. Peniaga menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pengisytiharan tahun 2014
sebagai tahun 'perang jihad' oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap penguasaan orang tengah yang
selama ini mengaut keuntungan berlebihan amat dialu-alukan. Kenaikan harga minyak secara langsung
atau tidak langsung akan menyebabkan harga barang meningkat. Kenaikan harga
barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan
ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara. Kami telah menemuramah En.Sabri bin Yakop 57
seorang pemandu teksi di kangar berkenaan
isu kenaikan harga minyak. Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga
minyak ini memberi kesan kepada kos untuk menjalankan perkhidmatan teksi akibat
daripada kenaikan harga bahan api.Akhirnya ia membebankan penduduk kangar yang
menggunakan perkhidmatan teksi.
No comments:
Post a Comment