KUALA KANGSAR - Seramai
153 orang mahasiswa dan mahasiswi yang diwakili 100 orang mahasiswi dan 53 orang
mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah menyertai Program Transformasi
Mahasiswa UniMAP bertempat di Kem Bina Negara Ulu Kenas (A) Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri. Para peserta berkursus selama 3 hari 2 malam iaitu 12
September 2014 sehingga 14 September 2014.
Program ini bertujuan
untuk penilaian calon bagi Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) sesi akademik
2014/2015. Selain itu, Program ini disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi dari
Kolej Kediaman Wang Ulu ,Pauh Putra, Uniciti Alam , Kampung Wai dan Simpang
Empat. Kepimpinan dan kerja berpasukan merupakan tunjang utama program ini dianjurkan.
Sepanjang program ini
di jalankan pelbagai aktiviti telah di lakukan antaranya sesi wacana minda, Team building, Night walk, membina rakit
dan sebagainya. Aktiviti membina rakit adalah aktiviti yang menguji fizikal dan
mental para peserta di mana mereka perlu menyusuri Sungai Perak sepanjang 18
km. Setelah selesai aktiviti tersebut , pelajar didedahkan dengan aktiviti survival iaitu memasak secara
berkumpulan dengan hanya berbekalkan barang-barang yang disediakan oleh pihak
urus setia.
Menurut salah seorang
peserta program , Nur Fatini dari kediaman Pauh Putra (KKA), beliau mendapat
banyak manfaat dengan menghadiri kursus ini. “Saya merasakan kayakinan saya meningkat dan
saya dapat mencapai diri saya untuk mengetahui tahap sebenar diri saya”.
Selain itu, dalam
majlis penutup kursus ini juga ketua jurulatih yang dikenali sebagai Pak Jas
mengatakan bahawa matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan seorang pemimpin
yang berdisiplin dan menepati masa dalam apa jua keadaan.
Majlis penutup telah dirasmikan
oleh YM Raja Shah Erman Bin Raja Arifin, Pengetua Kolej Kediaman Wang Ulu.
Beliau mengatakan bahawa program ini dianjurkan untuk melihat bakat kepimpinan
calon MPKK yang baru dengan kerjasama pihak Biro Tatanegara (BTN) dan UniMAP
yang dijalankan pada setiap tahun dan tahun ini merupakan yang terbaik
sepanjang penganjuran.
“Sifat kepimpinan terus
dilahirkan untuk masa hadapan di UniMAP dan proses temuduga akan dijalankan
minggu hadapan untuk tapisan terakhir. Bagi mahasiswa serta mahasiswi yang tidak
terpilih sebagai MPKK, pengalaman yang diperoleh sangat penting dan dijadikan
panduan.”
No comments:
Post a Comment