Sunday, 12 October 2014

PELAJAR UNIMAP MEMBAWA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS



Kangar, Perlis. 11 Oktober 2014 : Program Larian Lompat Tali 100km “Longest Distance Skipping Relay” yang diadakan di Sk Sena telah mencatat pencapaian tersendiri dengan tersenarai dalam Malysia Book of Records. Peserta larian berjumlah 330 orang yang terdiri daripada pelajar SK Sena, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan IPG Kampus, Perlis. Pelajar SK Sena terdiri daripada darjah 4,5 dan 6, manakala pelajar UniMAP terdiri daripada 24 orang pelajar Komunikasi Media Baharu, UiTM terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Sukan dan IPG pula, pelajar daripada fakulti Pendidikan Jasmani.
 
Pelepasan peserta larian program ini bermula dari 8.00 pagi dan acara ini di teruskan tanpa henti sehingga lengkap 100km.Terdapat 12 “checkpoint” yang perlu dilalui dan setiap “checkpoint” menempatkan dua kumpulan, satu kumpulan terdapat lima orang dan jarak antara satu “checkpoint” ke satu “checkpoint” ialah 500 meter. Setiap pelajar akan bergilir-gilir disetiap “checkpoint” dan membuat pusingan larian lompat tali sampai 100 km.Walaupun hujan lebat pada sebelah petang acara tetap diteruskan dan peserta larian tetap bersemangat untuk meneruskan acara terutamanya pelajar SK Sena. Mereka ini sangat bersemangat dalam acara ini bahkan mereka telah membuat banyak pusingan berbanding pelajar universiti yang lain.

Menurut pengerusi jawatankuasa program ini iaitu Cikgu Norma Bt Ishak, objektif utama program ini adalah untuk memecah rekod yang sebelum ini hanya 57 km dan kali ini pihak sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak telah berjaya menganjurkan program ini. Pencetus idea atau program ini ialah ketua Bitara lompat tali SK Sena iaitu naib pengerusi jawatankuasa acara ini, Cikgu Siful Nizar Bin Ahmad. Pada awalnya lompat tali hanya untuk pertandingan iaitu peringkat negeri dah antarabangsa. Setelah itu, pihak sekolah telah membuka bengkal untuk memperkenalkan lompat tali kepada pelajar dan telah menyertai pertandingan lompat tali terbuka Perlis di Kubang Gajah pada tahun lepas.

Pada tahun ini pihak sekolah telah mengorak langkah kehadapan dengan menganjurkan program ini dan berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, “Longest Distance Skipping Relay” dengan rekod 102.4 km. Pada awalnya program ini untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57, namun terpaksa dilaksanakan pada 11 Oktober 2014.

Program ini juga turut dihadiri oleh Menteri Negeri Perlis iaitu YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Pengarah JPN Perlis, Pengarah IPG Kampus Perlis, Rektor UITM Kampus Arau dan Ketua Polis Derah Kangar. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis menyifatkan bahawa program ini berkonsepkan kesihatan jantung iaitu larian secara lompat tali. 






No comments:

Post a Comment