KELANTAN (PENGKALAN KUBOR) – Seramai 300
mahasiswa dan mahasiswi mengambil bahagian yang dianjurkan oleh Persatuan
Pembangunan Kemajuan negeri Kelantan. Program gotong-royong ini dijalankan di
SMK Chubang Empat, Pengkalan Kubor, Kelantan. Tujuan program ini untuk
memakmurkan kesejahteraan dan kebersihan
surau di sekitar Kelantan. Program yang bermula tepat pada pukul 8.00 pagi itu
yang melibatkan mahasiswa dan mahasiswi
dari UMK, UMT, Uitm cawangan Kelantan, Kolej Komuniti yang melibatkan 3
kawasan dan Kolej Polytech-Mara. Sebanyak 32 surau ditanda untuk memudahkan
aktiviti pembersihan dilakukan. UniMAP atau lebih dikenali sebagai Universiti
Malaysia Perlis telah meenghantar 10 pelajar Komunikasi Media Baharu (Ikom) untuk menjadi sukarelawan dan wakil pelajar bagi tahun ini seramai 25 mahasiswa dan
mahasiswi. Rombongan mereka ke Kelantan
pada 18 September 2014 sehingga 20 September 2014.
UniMAP dibahagikan kepada 2 surau mengikut bilangan ahli
kumpulan. Mereka menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan begotong-royong
seperti mengecat, membasuh pinggan, mengemas dan sebagainya. Secara kebetulan , Dun Pengkalan Kubor membuat pilihan raya kecil
yang ditandingkan oleh wakil PAS, Tok Wan dan wakil daripada Barisan Nasional
(BN) dan Mat Razi Mat Ali. Mereka juga melihat patung gergasi Buddha dengan pelbagai jenis kedudukannya yang menarik perhatian mereka bagi
pertama kali menjejak kaki ke Kelantan.
No comments:
Post a Comment