Wednesday, 15 October 2014

IGAUAN SI CHARLIE DALAM KALANGAN PELAJAR DI WANG ULU



Wang Ulu, 11 OKTOBER-Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Wang Ulu kini berasa sangat bimbang dan takut akan kewujudan Charlie. Majoriti pelajar di kawasan Wang Ulu ragu-ragu akan persekitaran kawasan kolej kerana mereka berasa takut akan kehadiran Charlie. Charlie didapati begitu popular di kawasan kampus, kolej dan sebagainya.
Charlie adalah sejenis serangga yang dikenali sebagai Rove Beetle dan serangga ini sangat beracun. Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra.. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkannya dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Persentuhan dengan kumbang ini atau menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. 



Wartawan kami Nurul Masmieda sempat menemubual seorang mangsa kepada haiwan kecil berbisa ini yang merupakan pelajar di Universiti Malaysia Perlis iaitu Muhammad Faisal Bin Sarwan. Menurutnya, beliau telah terkena Charlie pada beberapa minggu lepas dan sehingga kini, kesan parutnya masih ada. Dalam perbualan tersebut,wartawan kami ada menanyakan bagaimana dia boleh terkena gigitan Charlie tersebut. Dia memberitahu ketika itu dia sedang tidur dan tidak sedar yang dia telah digigit Charlie. Dia hanya menyedarinya apabila dia merasa pedih dan gatal yang teramat sangat keesokannya.’Pada mulanya saya merawatnya menggunakan cara rawatan biasa. Selepas rasa pedih dan gatal semakin hilang,baru saya menggunakan Bio-Oil atau minyak yang boleh menghilangkan parut kerana parutnya mengambil masa yang lama untuk hilang.’Nasihatnya kepada para pelajar supaya berhati hati kerana rasa sakit haiwan berbisa ini dianggarkan sekitar 6/10.




Tuesday, 14 October 2014

Minyak 20 sen?



Kangar,12 oktober 2014.Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan kenaikan harga petrol Ron 95 sebanyak 20 sen. Kenaikan harga minyak telah memberi kesan kepada penguna kenderaan secara tidak langsung  kepada rakyat.Perkara ini telah menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini berlaku kerana kuasa beli dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan harian dijangka meningkat antara 10 hingga 20 peratus berbanding harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana mungkin pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup untuk makan. Kesan sosio-ekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita alami sebelum ini. Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Peniaga menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pengisytiharan tahun 2014 sebagai tahun 'perang jihad' oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap penguasaan orang tengah  yang selama ini mengaut keuntungan berlebihan amat dialu-alukan. Kenaikan harga minyak secara langsung atau tidak langsung akan menyebabkan harga barang meningkat. Kenaikan harga barang yang tidak terkawal akan menyebabkan kekacauan dan ketidaktentuan ekonomi, sosial dan politik yang mengancam keharmonian negara. Kami telah menemuramah En.Sabri bin Yakop 57 seorang pemandu teksi di kangar berkenaan  isu kenaikan harga minyak. Beliau berpendapat bahawa kenaikan harga minyak ini memberi kesan kepada kos untuk menjalankan perkhidmatan teksi akibat daripada kenaikan harga bahan api.Akhirnya ia membebankan penduduk kangar yang menggunakan perkhidmatan teksi.

Sunday, 12 October 2014

PELAJAR UNIMAP MEMBAWA NAMA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS



Kangar, Perlis. 11 Oktober 2014 : Program Larian Lompat Tali 100km “Longest Distance Skipping Relay” yang diadakan di Sk Sena telah mencatat pencapaian tersendiri dengan tersenarai dalam Malysia Book of Records. Peserta larian berjumlah 330 orang yang terdiri daripada pelajar SK Sena, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau dan IPG Kampus, Perlis. Pelajar SK Sena terdiri daripada darjah 4,5 dan 6, manakala pelajar UniMAP terdiri daripada 24 orang pelajar Komunikasi Media Baharu, UiTM terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Sukan dan IPG pula, pelajar daripada fakulti Pendidikan Jasmani.
 
Pelepasan peserta larian program ini bermula dari 8.00 pagi dan acara ini di teruskan tanpa henti sehingga lengkap 100km.Terdapat 12 “checkpoint” yang perlu dilalui dan setiap “checkpoint” menempatkan dua kumpulan, satu kumpulan terdapat lima orang dan jarak antara satu “checkpoint” ke satu “checkpoint” ialah 500 meter. Setiap pelajar akan bergilir-gilir disetiap “checkpoint” dan membuat pusingan larian lompat tali sampai 100 km.Walaupun hujan lebat pada sebelah petang acara tetap diteruskan dan peserta larian tetap bersemangat untuk meneruskan acara terutamanya pelajar SK Sena. Mereka ini sangat bersemangat dalam acara ini bahkan mereka telah membuat banyak pusingan berbanding pelajar universiti yang lain.

Menurut pengerusi jawatankuasa program ini iaitu Cikgu Norma Bt Ishak, objektif utama program ini adalah untuk memecah rekod yang sebelum ini hanya 57 km dan kali ini pihak sekolah dengan kerjasama pelbagai pihak telah berjaya menganjurkan program ini. Pencetus idea atau program ini ialah ketua Bitara lompat tali SK Sena iaitu naib pengerusi jawatankuasa acara ini, Cikgu Siful Nizar Bin Ahmad. Pada awalnya lompat tali hanya untuk pertandingan iaitu peringkat negeri dah antarabangsa. Setelah itu, pihak sekolah telah membuka bengkal untuk memperkenalkan lompat tali kepada pelajar dan telah menyertai pertandingan lompat tali terbuka Perlis di Kubang Gajah pada tahun lepas.

Pada tahun ini pihak sekolah telah mengorak langkah kehadapan dengan menganjurkan program ini dan berjaya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records, “Longest Distance Skipping Relay” dengan rekod 102.4 km. Pada awalnya program ini untuk sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-57, namun terpaksa dilaksanakan pada 11 Oktober 2014.

Program ini juga turut dihadiri oleh Menteri Negeri Perlis iaitu YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man, Pengarah JPN Perlis, Pengarah IPG Kampus Perlis, Rektor UITM Kampus Arau dan Ketua Polis Derah Kangar. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perlis menyifatkan bahawa program ini berkonsepkan kesihatan jantung iaitu larian secara lompat tali. 






Tuesday, 7 October 2014

Suasana Ibadah Korban di Bangsal Lebah



Pada hari Ahad 5 oktober 2014 bersamaan 12 Zulhijjah 1435 telah jatuhnya Hari Raya AidilAdha di mana semua umat islam yang menunaikan fardhu haji  telah melaksanakan salah satu rukun haji iaitu wukuf.Di Malaysia terutamanya di negeri Perlis,umat islam  telah menjalankan ibadat korban yang merupakan salah satu kewajipan bagi umat islam yang mampu .Di Kampung Bangsal Lebah,Kuala Perlis,Perlis penduduk kampung telah mengikuti ibadat korban yang telah dianjurkan oleh pihak masjid. Pada tahun ini pihak masjid telah menempah 10 ekor lembu untuk tujuan ibadat korban dan dua akikah.Sambutan amat menggalakkan daripada ahli kariah yang pada awalnya hanya memesan sebanyak lapan ekor sahaja. Harga yang diperoleh adalah rm2800 seekor dan satu bahagian korban adalah sebanyak RM400. Dua ekor lembu akikah telah disembelih sehari lebih awal dan selepas dimasak bagi tujuan hidangan untuk hari korban pada keesokkan harinya. 

Wartawan kami telah menemubual salah seorang penyembelih mengenai  suasana ibadat korban di kampung tersebut.Dia berkata’walaupun suasana agak kecoh di lapangan tersebut tetapi ibadat korban berjalan dengan lancar dan meriah’.Pelbagai gelagat penduduk kampung dapat dilihat semasa ibadat korban dijalankan.
Namun begitu, kepenatan penduduk kampung dan sukarelawan ibadat korban terbayar kerana dapat merasakan hasil daging lembu korban yang dimasak.