Wednesday, 15 October 2014

IGAUAN SI CHARLIE DALAM KALANGAN PELAJAR DI WANG ULU



Wang Ulu, 11 OKTOBER-Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Wang Ulu kini berasa sangat bimbang dan takut akan kewujudan Charlie. Majoriti pelajar di kawasan Wang Ulu ragu-ragu akan persekitaran kawasan kolej kerana mereka berasa takut akan kehadiran Charlie. Charlie didapati begitu popular di kawasan kampus, kolej dan sebagainya.
Charlie adalah sejenis serangga yang dikenali sebagai Rove Beetle dan serangga ini sangat beracun. Racun Charlie bersamaan dengan 12 kali ganda racun Cobra.. Terdapat lebih kurang 47,000 jenis spesis untuk serangga ini. Saiznya yang kecil kurang 1cm. Charlie kebanyakkannya dijumpai di padang padi, padang sekolah dan hutan. 

Persentuhan dengan kumbang ini atau menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. 



Wartawan kami Nurul Masmieda sempat menemubual seorang mangsa kepada haiwan kecil berbisa ini yang merupakan pelajar di Universiti Malaysia Perlis iaitu Muhammad Faisal Bin Sarwan. Menurutnya, beliau telah terkena Charlie pada beberapa minggu lepas dan sehingga kini, kesan parutnya masih ada. Dalam perbualan tersebut,wartawan kami ada menanyakan bagaimana dia boleh terkena gigitan Charlie tersebut. Dia memberitahu ketika itu dia sedang tidur dan tidak sedar yang dia telah digigit Charlie. Dia hanya menyedarinya apabila dia merasa pedih dan gatal yang teramat sangat keesokannya.’Pada mulanya saya merawatnya menggunakan cara rawatan biasa. Selepas rasa pedih dan gatal semakin hilang,baru saya menggunakan Bio-Oil atau minyak yang boleh menghilangkan parut kerana parutnya mengambil masa yang lama untuk hilang.’Nasihatnya kepada para pelajar supaya berhati hati kerana rasa sakit haiwan berbisa ini dianggarkan sekitar 6/10.